I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, Januari 19

ALLAH IS GREATEST=)

Penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan islam menjadi bualan, sekarang sudah senyap daripada siulan, begitular rakyat malaysia seperti kebiasaannya, awal2x dulu sibuk nak anjur demonstrasi, sekarang hanya menonton tv sambil terbaring di kerusi, itulah demokrasi.

Kita suka menyalahkan orang lain tanpa merenung kedaifan umat islam itu sendiri. Kita marah bila penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan islam, tetapi kita tidak ada cukup ilmu untuk menentang, sekadar laungan di jalan, perempuan yang tidak menutup aurat juga meluahkan perasaan, tetapi sekadar laungan tiada penghayatan, kita marah bila terjadi hal sedemikian, tetapi kita tidak pernah melaksanakan arahah tuhan, Islam hanya dipinggiran.

ALLAH adalah milik umat islam kerana diturunkan islam adalah dengan bermulanya pengucapan nama tuhan sekalian alam, "bacalar dengan nama tuhanmu Yang menciptakan", jikalau benar orang bukan islam mahu meminjam penggunaan nama tuhan, kenapa namaNYA sahaja, tidak sekali dengan segala ajaranNYA.

Dalam ilmu pembandingan agama, bermulanya bible sehingga pengakhirannya, kenapa tiada perkataan ALLAH di dalamnya, sekadar GOD and LORD, kenapa tidak menggunakan sahaja perkataan asal itu? Memang benar sesetengah hujah mengatakan agama samawi juga menggunakan perkataan ALLAH, tetapi Kristian sekarang bukan agama samawi kerana dasarnya bukan pengesaan kepada tuhan yang satu dan mansuhnya samawi apabila turunnya ayat ALQURAN yang petama di gua hirak.

Kita sebagai umat islam marah apabila NABI kita dihina, cuba kita renung kembali sirah kehidupan NABI MUHAMMAD, apabila NABI dihina, nabi sekadar tersenyum dan membalasnya dengan kebaikan sahaja. Benar MUHAMMAD itu nabi dan kita sekadar manusia hina, tetapi NABI diturunkan untuk menyempurkan akhlak kita berdasarkan ajarannya.

Sekarang ISLAM digunakan sekadar kepentingan peribadi sahaja, sebagai contohnya, artis-artis kita, apabila menang anugerah dunia, dengan pakaian menampakkan buah dada, dengan selamba mengucapkan ALHAMDULILLAH, sekadar di bibir bukan di hati. Apabila difitnah, ALLAH itu maha adil, jika sedar ALLAH itu maha adil. kenapa kita tidak adil kepadaNYA.

Kita ditindas kerana kita lemah, Umat islam seperti buih dipantai, apabila sampai dipersisiran, hilang begitu sahaja. membangun bersama islam~


6 ulasan:

  1. yuppy :)

    sangat setuju.

    ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM.

    BalasPadam
  2. adkh simbol2 diatas ada mkna dsbliknyer??
    tringt plak dpt emel yg tnjuk simbol kjdian 11 september..huhu

    BalasPadam
  3. ALLAH untuk semua.
    tp kalu bg kristian guna.
    dia salah guna.
    takut-takut dia letak perkataan ALLAH kt salib ke.

    BalasPadam
  4. mereka nk gunekan nme Allah tu utk tjuan yg slh..
    sdgkan skarang nh pun ade gereja yg brani tulis pekataan Allah pd gereja dorang, kalo gnekan nme Allah dlm buletin dorang xtau la jdik ape plk kn..

    BalasPadam
  5. M_Lex: sebab org kristian mmg tahu ALLAH itu benar cuma dorang dgn terang - terangan menolak Islam, adakah anda faham.


    Wahai M_Lex, merujuk kepada ayat anda di atas, perempuan tak tutup aurat turut meluahkan perasaan berhubung isu ini, kenapa M_Lex, tak boleh ke kalau kami nak meluahkan jugak? kami turut ada pandangan ada perasaan terhadap isu ini. saudara, isu menutup aurat sampai ke kiamat takkan habis dan aku bukanlah org yg layak untuk berbicara apa2 tentang hal ini sebab aku jugak tergolong di dalam golongan org yg tidak menutup aurat tapi M_Lex, jika kita selami dan perhatikan, ramai sungguh wanita Malaysia tak menutup aurat.


    sebagaimana yang kau pernah cakap kat aku, menutup aurat bukan sekadar memakai tudung. so kenapa masih ada umat wanita yg pakay tudung tapi berpakaian sepesen jek dengan aku, nmpk bentuk badan and bentuk kaki. tapi dorang turut memberikan pendapat tentang isu ini jugak kan, so adakah pandangan mereka tidak boleh diterima?


    well well M_Lex, anda jangan jadi prejudis. aku ulang jangan jadi prejudis dengan perempuan yang tidak menutup aurat sebab hakikatnya, MEMANG HAMPIR SEMUA PEREMPUAN KAT MALAYSIA TAK TUTUP AURAT! haa. kau tengok je gambar2 kat FB ke kat FS ke kat mana2 ke, setakat pakai tudung tapi kena cium ngan jantan, kena peluk ngan jantan pastu baju ketat pastu lengan pendek pastu baju see through tapi boleh saja meluahkan pendapat mereka terhadap isu ini? kenapakah?


    M_LEx, aku faham niat anda. faham gila2. kau nak berdakwah, fine tapi tolonglah kot, mentang2 lelaki takde aurat yang zahir tak bermakna mereka terlepas daripada tohmahan2 buruk kot. sampai hati ek, sebab perempuan mmg ada aurat mereka, so bg mereka yg tak tutup aurat, makanya xlayak berhujah membela nama Tuhan mereka.


    dan janganlah kot kau cakap artis2 ni menang pastu cakap alhamdulillah entah dalam hati ke tak. kita tak tahu M_Lex, iman tu tak boleh diukur dari luaran, hanya ALLAH je tak tinggi mana iman hamba - hamba-NYA. kerna DIA mmg MAHA MENGETAHUI dan sesungguhnya DIA akan tahu niat seseorang itu.


    so M_LEx, WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  6. ni aku nak cakap sikit kau jangan marah, even your GF pun macam tak tutup aurat sangat. baju dia boleh tahu kan bentuk badan dia mcm mana? kurus ke gemuk ke berlemak ke apa ke?

    M_Lex; kalau betul kau nak berdakwah kat prempuan tak tutup aurat, kau patut tahu yg bercinta tu tak boleh di sisi Islam:) sebab hanya cinta dalam ikatan yg sah je diredhai ALLAH. yang lain tetap dikira ke arah menjurus maksiat sebab yelah keluar berdua - duaan dengan sang kekasih tapi tidak berkahwin dan punya ikatan yg sah dan boleh menimbulkan fitnah org yg melihat. walaupun kau orang buat double date ke apa ke, still kita semua tahu, tujuan keluar adalah untuk berdating.


    makanya M_Lex; janganlah anda bersikap prejudis sebegini. sebab aku pun boleh betah jugak ayat2 kau. aku ada kawan macam kau, yg kuat berdakwah tapi tak penah pula dia marah aku suh tutup aurat, cuma dia secara pelan2 menasihati aku. and dia tak couple. sebab dia nak terus kahwin jek nanti. berbeza kan ngan kau?

    BalasPadam