I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, Disember 31

Countdown~

Ku terjaga daripada tidor. Bermimpi ku berada di tahun 2012.Mungkin terbawa-bawa kerana sebelum tidor tertonton 2012. Citer yang terlalu bosan sampai ku tertidor kebasahan. esok dah menjejak 2010.Walaupun tidak pernah berazam, tetapi aku punya harapan. Harapan untuk menjamin masa depan untuk orang orang yang tersayang dan kawan-kawan.

1) Kasih Sayang
Ku berharap terus disayang dan aku juga akan melebarkan kasih sayang.terutama pada keluargaku dan juga bakal keluargaku.huhu~ Dan berjanji berpegang dengan kesetian serta tidak menambah cawangan=)
Saya sayang Mak saya~

2) Pengibadatan
Aku cuba mengurangkan kandungan dosa-dosaku terhadap tuhan dan kawan-kawan. Dosa-dosa kecil apatah lagi yang besar. Ku berharap kawan disekelilingku membantuku dengan tidak mendownload citer-citer yang kurang sopan. haha~ Mengurangkan menonton citer yang bukan-bukan.

3) Kawan-Kawan
Sowy kalu banyak kesilapan dengan segala kelicikan. TAhun depan kita masih lagi berkawan.
Sopie-> TAhun depan kurangkan tangisan, Hiasi dengan kegembiraan.
Umum-> yang masih belajar, siapkan tesis dengan kegigihan, jangan sambung lagi pengajian.

4) Kewangan
Bersyukur dengan apa yang ada tetapi cuba menambah pendapatan melalui nuffnang. kawan-kawan, tolonglar tekan.haha~

5) Pekerjaan
Harap-harap kilang itu tiada banyak masalah. Jadi kerjaku kuranglah. Semoga cuti am bukan jatuh pada weekend.

6) Pengangkutan
Nak balik terengganu naik kapal terbang, x de lar lagi sakit pinggang. x de r Orang tu banyak rungutan. 'Bang, sakit pinggang r, nanti kita naik flight ye sayng'

7) keDunia
Berputar seperti kebiasaan

8) Perkahwinan
Bukan dalam perancangan tahun depan~

9) Keberatan
Cuba mengupload lemak-lemak dan muscle di badan. tidaklah nampk kekurusan. baru napok katang

Jumpa lagi tahun depan~


7 ulasan: