I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, Disember 31

Countdown~

Ku terjaga daripada tidor. Bermimpi ku berada di tahun 2012.Mungkin terbawa-bawa kerana sebelum tidor tertonton 2012. Citer yang terlalu bosan sampai ku tertidor kebasahan. esok dah menjejak 2010.Walaupun tidak pernah berazam, tetapi aku punya harapan. Harapan untuk menjamin masa depan untuk orang orang yang tersayang dan kawan-kawan.

1) Kasih Sayang
Ku berharap terus disayang dan aku juga akan melebarkan kasih sayang.terutama pada keluargaku dan juga bakal keluargaku.huhu~ Dan berjanji berpegang dengan kesetian serta tidak menambah cawangan=)
Saya sayang Mak saya~

2) Pengibadatan
Aku cuba mengurangkan kandungan dosa-dosaku terhadap tuhan dan kawan-kawan. Dosa-dosa kecil apatah lagi yang besar. Ku berharap kawan disekelilingku membantuku dengan tidak mendownload citer-citer yang kurang sopan. haha~ Mengurangkan menonton citer yang bukan-bukan.

3) Kawan-Kawan
Sowy kalu banyak kesilapan dengan segala kelicikan. TAhun depan kita masih lagi berkawan.
Sopie-> TAhun depan kurangkan tangisan, Hiasi dengan kegembiraan.
Umum-> yang masih belajar, siapkan tesis dengan kegigihan, jangan sambung lagi pengajian.

4) Kewangan
Bersyukur dengan apa yang ada tetapi cuba menambah pendapatan melalui nuffnang. kawan-kawan, tolonglar tekan.haha~

5) Pekerjaan
Harap-harap kilang itu tiada banyak masalah. Jadi kerjaku kuranglah. Semoga cuti am bukan jatuh pada weekend.

6) Pengangkutan
Nak balik terengganu naik kapal terbang, x de lar lagi sakit pinggang. x de r Orang tu banyak rungutan. 'Bang, sakit pinggang r, nanti kita naik flight ye sayng'

7) keDunia
Berputar seperti kebiasaan

8) Perkahwinan
Bukan dalam perancangan tahun depan~

9) Keberatan
Cuba mengupload lemak-lemak dan muscle di badan. tidaklah nampk kekurusan. baru napok katang

Jumpa lagi tahun depan~


Selasa, Disember 29

Review 2009

Tahun baru bagiku telah berlalu, kerana aku menyambut hanya satu tahun baru, tapi cuti tahun baru aku ambil tanpa segan silu.huhu~ Aku sebenarnya tiada azam baru kerana azam yang lalu berlalu begitu saje bagiku. Tapi ade lar perkara aku tak berazam menjadi kenyataan. bila berazam, memg haram, bila tak berazam, itulah jadi kenyataan.

Januari 2009: Lupa apa yang berlaku ( Cubaan mengorat Wanita)
Februari 2009: Juga lupa ( Cubaan mengorat Wanita)
March 2009: Jupa lupa lupa ( Cubaan mengorat Wanita)
April 2009: Berjaya mengAPRIL FOOL kawanku. (Cubaan hampir berjaya)
Mei 2009: Hari pekerja yang paling berjaya dalam hidupku
Jun 2009: Menganggur rasanya
Julai 2009: Menganggur juga rasanya
Ogos 2009: berjaya menamatkan pengajianku dengan PNGK yang Cemerlang dari kawanku serta bertemu baby yang ku sayang tapi accident plak
September 2009: Raya di katil empuk stelah berjaya puasa sebulan ( Hpku jatuh ke lurah kehinaan)
Oktober 2009: menganggur
November 2009: Berehat sebulan
Disember 2009: Lawatan sambil belajar ke Perak ( mengkaji sejarah Kuala kangsar)

Isnin, Disember 28

Senyum sokmO=)

Suatu perkara yang tidak diingini terjadi juga akhirnya. Di satu hari yang panas, di kedai makan,ku ternampak kelibat seorang yang pernah ku lihat tetapi bukan aku punya kerabat. Aku cuba kembali ke zaman lampau ku untuk mengenang wajah yang pernah terlibat dalam hidupku. Tetiba ku teringat seseorang, ku memberanikan diri membuang kemaluan dan bersedia untuk memanjangkan lagi kemaluan

Aku: mung ke keri,pe rajin kelih kakah nie.
Keri: ye r. aku r nie. ko ke *****?

Aku terkejut kerana perkataan KO digunakan.

Aku: sek kL boh lening, jahat angat sek die.
Keri: nok wat gane, kite duk kL kan. ko duk mana skrg?

..........................................................................

Aku: ejah jupe mula r boh, ade keje plok eh
Keri: bereh sek kite. Contact r aku.

Dalam hatiku, kawanku telah berubah namun kemaluanku selamat

P/s: bangga lar dari mana pung asal mung. bereh sek kite.senyum sokmo

Tapi berjayakah aku mendindingkan diriku dari bercakap macam inspirasiku. Awok mahu mengholoh. Aku tidak mengerti dari segi percakapan. tetapi melihat kelakuan. Aku tunduk memahami. Deme mengholoh sampai lupa tenggek ayor. mengholoh plak smbil nyongoh

Nota kaki: Keri adalah sahabat hambe zaman koloh rendoh dulu

Isnin, Disember 21

Biar lOw dahulu


Aku sebijik bateri henset. sebijik ke?

Aku tidak tahu dilahirkan di mana. tidak berbapa dan beribu. Tapi bertuan. Tuan ku hensem. keranaku tuanku dapat mencari inspirasinya.Tp tuanku kejam. menodai aku sehingga ku kembung. Dia menjolokku tetapi meninggalkan ku dengan begitu lama. Sampai tertera perkataan bateri fuLL berkali-kali.

Selepas selalu dinodai, aku menjadi lemah. tidah berdaya lagi untuk bertahan lama. Sekali dijolok hanya dapat bertahan 3jam je. kemudian pitam. SEmenjak 2menjak, ku menjadi semakin celaru. sekejap kuat, sekejap lemah, trus pitam, sedar kembali, penuh plak.

Kelmarin, dia trus padam, aku sebijik bateri baru.haha~ dia tidak dapat bertahan lagi. kembung perutnya sudah terburai, kerana mahu mencari inspirasi, aku dibeli untuk melayan nafsu tuanku. baru sekali aku dinodai tapi dapat bertahan begitu lama satakat ini. tuanku berjanji akan menjolokku apabila aku benar benar lemah sahaja.

Aku lemah sekarang ni. Trus dijolok.

p/s: Bila terpampang ini, baru jolok

Ahad, Disember 20

Zombie Kg Pisang 2

ManU Ngan LiverFooL sama-sama.
Sama-sama kalah bersama.
Tapi aku boleh je terima.
haha~

Asyik di drop je. kerana meraka, reputasi aku jelas tercalar, tapi aku tetap sabar, kerana aku seorang penyabar. bukan seperti SAPAR. Siapa SAPAR?

Untuk menghilangkan kebengangan akibat dikalahkah, tontonlah aku ZOMBIELAND, cter seram yang memg gampang, x macm poster yang terpampang, nampak macm seram, tapi..

Tontonlah ZOMBIELAND terutama yang putus cinta,yang kena buang kerja,yang pasukan mereka kalah juga.haha~


P/s: Zombie kampung Pisang Ala Hollywood

Jumaat, Disember 18

Kagum~

salam hijrah~

1st time jumaat kt masjid Shah Alam. selama ni x pernah jumaat kt Shah Alam.haha. Sejuk je punggung bila duk kt dalam. Tapi khutbah dia memg mendalam. 10minit start solat sampai ke salam. agak lama 2 nk memberi salam.hehe~

Pah jumaat, depan masjid tengok orang ramai tepi jalan. x kan awal tahun dah nk buat rusuhan, p dekat rupanya ade kemalangan, depan kereta langgar kereta depan. sorang melayu islam ngan sorang cina perempuan, tapi kecoh kecoh lak itu cina perempuan, dengar dengar kemalangan
sebab salah itu cina perempuan, tapi tgok lelaki islam senyum je memanjang.

cina tu bercakap cina sekejap, melayu sekejap, mencarut rasanya, minta lelaki islam bayar pampasan, lelaki ni x banyak alasan cuma bagi senyuman, dengan rilex dia kuar sapu tgan kesat hingusan,hulur lar duit berapa banyak tak perasan,tapi cam warna kehijauan,agak banyak ku rasakan. cina tu senyap tanda hilang kemaluan. laki islam tu bersalaman ngan orang di persekitaran lalu pergi membawa kenderaan.

kalu orang lain tu, memg kena tampar perempuan cina tu.haha. tapi tu mungkin pengajaran untuk semua golongan.

















p/s: tempat ni selamat,jangan bimbang

Khamis, Disember 17

Tv1 Vs Tv2

Sape tgok tv1 angkat tangan. Mesti x de kan. semua tgok Malaysia vs vietnaM.huhu~ Tahniah Malaysia sebab menang tp ada yang kecundang dalam kegembiraan. Mesti yang ramai terlepas sembahyang x pun kelewatan. Haish~ Awal tahun pun dah x de harapan. InsyaALLAH kita ade harapan untuk menebus kesilapan.

Gua tgok bola kt tempat kerja dengan vietnam punya pekerja. Memg panas aje. haha~ tp kecewa r kita bersorak gempita di waktu magrib di hari senja. Bila masuk waktu magrib ramai buat derk je. Mungkin diorng perioD waktu senja. Bila tetiba chanel beralih ke tv1,semua tunduk je.hehe~ malu je rase. tp ramai menyumpah dalam hati je.hehe~

Tapi kerajaan pun bagi r kejap siaran iklan , boleh ler yang hati kelam-kelam pergi sembahyang,time lagu kebangsaan semua buat jantan,berdiri diselangi nyanyian,bila azan berkumandang,buat-buat tak perasan,bagusler ade yang diam.

InsyaALLAH, pemain Vietnam yang menjaringkan gol untuk Malaysia akan dikurniakan pangkat datuk kerana menolong Malaysia menamatkan kemarau emas 20tahn.hehe~ Jika dikurniakan datuk,akan ramai yang membantu pasukan bola sepak kita.

Pape pun,selamat menyambuat Maal Hijrah. Berhijrah lar dari yang baik kepada yang lebih baik